INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!

Sunday, November 15, 2009

BUAH-BUAHAN LEBIH SELAMAT DIAMALKAN UNTUK KEJELITAAN KULIT.

Menggunakan bahan semulajadi daripada buah-buahan adalah sangat baik untuk mendapatkan kulit yang muda, cerah dan berseri. Cara ini adalah lebih selamat kerana tiada bahan kimia dan toksid digunakan.

Buah-buahan yang kaya akan vitamin dan mineral adalah baik untuk kulit dan tubuh badan. Berikut adalah beberapa buah-buahan yang baik untuk menyihatkan kulit:

1. Buah Penyegar dan Pembersih
a. Scrub pembersih kulit lemon - Ambil 1 bahagian daripada kulit lemon, 1 bahagian daripada serbuk susu dan 2 bahagian daripada almond dengan ½ bahagian citrus lemon dan aduk rata. Sekarang anda memiliki bahan semulajadi yang bagus dan murah untuk wajah yang berseri.
b. Nanas - Nanas yang dikisar dapat membantu kulit bersisik, gatal dan kulit kering. Sapu dan ratakan pada kulit selama 15 minit lalu bilas. Selesaikannya dengan menyapu lotion.

2. Buah masker
c. Betik - Betik yang masak dikisar(1/2 cawan) diterapkan selama 15 minit pada kulit akan mengembalikan cahaya pada kulit. Selepas membilas, kulit akan kelihatan segar dan keligatan muda.
d. Anggur (merah) - Urut dan sapukan buah anggur merah di kulit selama 10 minit untuk memberi keserian pada kulit. Buah ini tinggi dengan anti-oksidan dan dapat menghindarkan sel-sel kulit daripada radikal bebas. Bilas dengan air sejuk.

3. Buah pelembab
e. Avocado - 1 cawan avocado matang, dikisar dan diterapkan di bahagian kulit kering selama 15 minit akan melembapkan kulit.

f. Pisang - Pisang matang dikisar, diterapkan di kulit selama 10 minit adalah yang paling berkesan untuk kulit bersisik dan kering.

4. Buah citrus menakjubkan
g. Beberapa titik buah-buahan citrus (senang saja dengan Neibac 5) - Dititiskan kedalam air digunakan untuk mencuci muka kerana mempunyai anti-bakteria ajen yang sangat efektif. Asid citrus baik untuk menyinkirkan kuman, kulat dan sekaligus menghalang minyak yang berlebihan masuk ke dalam lapisan kulit.
h. Buah Citrus (Neibac5) - Diterapkan di bahagian kulit yang gelap, kerana ia boleh mencerahkan bintik-bintik hitam dan menghaluskan kulit. Ia juga dapat menagang dan melembapkan kulit secara semulajadi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts