INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!

Showing posts with label CANCER. Show all posts
Showing posts with label CANCER. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

THE NEWS

Rawatan Sedut Lemak Berisiko Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama)

Rawatan menyedut lemak merupakan satu rawatan melibatkan risiko yang tinggi dan hospital kerajaan tidak menyediakan rawatan tersebut.

Pegawai Perubatan di Bahagian Reproduktif Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) Dr T. Komathy berkata rawatan seperti itu hanya ada di pusat perubatan swasta.

"Jika tidak dilakukan dengan betul, ia boleh menyebabkan lemak masuk ke saluran darah, sekiranya ia memasuki saluran darah ke otak maka ia boleh menyebabkan strok, manakala jika ia memasuki saluaran ke paru-paru ia boleh menyebabkan kematian," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes kematian seorang wanita selepas mendapatkan rawatan menyedut lemak di sebuah klinik di Ampang dua hari lepas.

Katanya rawatan tersebut perlu dilakukan di pusat perubatan yang bertauliah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Sementara itu, Dr Komathy berkata risiko menghidapi kanser payudara boleh dikurangkan sekiranya seseorang wanita itu menyusukan anak.

Katanya semasa penyusuan badan, hormon estrogen yang merupakan antara penyebab kanser payudara kurang dihasilkan.
Menurut kajian Majlis Kanser Negara, kaum Cina adalah antara golongan yang tinggi mendapat kanser payudara diikuti kaum India serta Melayu dan faktor utama kaum Cina mencatatkan kadar paling tinggi adalah disebabkan mereka kurang menyusukan anak.

LPPKN menyediakan subsidi untuk pengesanan awal kanser payudara melalui ujian mammogram bagi wanita berumur 40 tahun ke atas serta ujian 'ultrasound' untuk wanita berumur kurang daripada 35 tahun.

Subsidi yang diberikan bagi ujian mammogram adalah sebanyak RM50 manakala bagi ujian ultrasound sebanyak RM40 dan diberikan kepada mereka yang layak dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 sebulan.

Pendaftaran bagi mendapatkan subsidi tersebut dibuka di laman web http://www.mammogram.gov.my/.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan LPPKN 03-26938877.

News by BERNAMA
All photos by Google search

Wednesday, April 1, 2009

KUALITI HIDUP JAMIN MASA DEPAN

Tips-tips untuk mendapat kualiti hidup dengan lebih baik.

Bersenam sebanyak 6 kali seminggu selama 1/2 jam setiap hari.



Banyakkan memakan buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran hijau.



Selalu aktifkan sel-sel otak dengan maksimum.


Berfikiran positif dalam kehidupan(Beautisleep-+6012 4102368).


Untuk mengelakkan cancer banyakkan mengambil buah citrus(janama Neibac 5) atau buah jenis berry.



Berhenti serta merta dari mengambil minuman beralkohol.


Pertahankan berat badan yang ideal.



Pengambilan minuman bercokelat(jenama G-LAT @ +0194782704-Suzanna/Gulam) tanpa gula dan kurang saturated fat adalah sangat baik untuk memulihkan tenaga, seks, stress dan kesihatan jantung.


Banyakkan menanam pokok disekitar kawasan rumah. Mengamalkan kebersihan diri dan tempat tinggal.


Setakat ini saja buat kali ini. Mungkin kita boleh berbincang di lain kali.

Popular Posts