INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!

Showing posts with label do the mikross. Show all posts
Showing posts with label do the mikross. Show all posts

Friday, March 18, 2011

PETUA UNTUK MENDAPATKAN BENTUK TUBUH YANG LANGSING DAN SEKSI...MEMBAKAR LEMAK YANG BERLEBIHAN PADA WAKTU PAGI!

Ross Safina Hor
Professional Fitness Trainer
Tips utk membakar lebih banyak lemak badan pada waktu pagi supaya kelihatan Gorgeous...gitu!


  • Selepas bangun terus minum segelas air + 2 titik Protecur100
  • Bersihkan diri dan solat subuh
  • Minum segelas Susu Skim(skim milk) 
  • Selepas 20 min, buat senaman HIIT selama 15 - 20 minit.
  • 1 jam selepas bersenam, barulah ambil sarapan...

InsyaAllah, dgn cara begini...sistem tubuh anda akan membakar lemak yg tersimpan didlm tubuh dengan lebih banyak dan mudah.
Kerana selepas bangun tidur pada waktu pagi dan sebelum mengambil sarapan, tenaga kita agak berkurangan. Jadi, apabila kita bersenam pada waktu dan keadaan begini...sistem tubuh kita akan cuba mancari tenaga didalam tubuh untuk membantu kita melakukan senaman. 

Dengan itu, tubuh akan menggunakan lemak yg tersimpan dan menukarkannya sebagai tenaga...beginilah proses pembakaran lemak berlaku.

Selamat Mencuba!
Online Gym - http://dothemikross.com/

Wednesday, July 28, 2010

JENIS YANG MANA SATUKAH BENTUK BADAN YANG ANDA MILIKI?


ADALAH AMAT PENTING UNTUK SESEORANG ITU MENGENALI JENIS BENTUK TUBUHNYA KERANA IA AKAN MEMBANTU MENCEGAH BENTUK BADAN DARIPADA MASALAH KEGEMUKAN DAN MEMUDAHKAN INDIVIDU ITU MENGATUR PELAN DIET/MAKANAN DENGAN BAIK TANPA MENJEJASKAN KESIHATANNYA.

JIKA ANDA TIDAK PASTI BENTUK TUBUH ANDA...DO THE MIKROSS TRAINERS DAPAT MEMBANTU ANDA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI SILVER MEMBER.


Kalau Article ini bagus dan membantu anda, tlg
sebarkan kepada sahabat, saudara dan semua
kenalan anda.Terima kasih diatas kerjasama anda!

Ross Safina Hor

Friday, July 16, 2010

ADAKAH BERKETURUNAN GEMUK MENJADI PENGHALANG UNTUK SESEORANG ITU MENJAGA BENTUK BADAN DAN KECANTIKANNYA? JAWAPANNYA DISINI...


Segalanya mungkin dengan Dothemikross Fitness Program dan langkah yang paling bijak ialah mengambil Personal Coach untuk menyelesaikan masalah kegemukan dan kesihatan. Anda tidak lagi terkontang-kanting keseorangan untuk melakukan aktiviti yang mungkin baru dalam sejarah hidup anda. Sebelum ini anda mungkin tidak pernah menceburi diri anda dalam bidang fitness dan tidak tahu bagaimana hendak memulakannya dengan cara yang betul tanpa bimbingan daripada seseorang yang benar-benar arif dalam bidang fitness ini.

Mungkin ada diantara anda yang pernah ke Gym atau join aerobic, yoga dan lain-lain aktiviti diluar rumah. Tetapi lama-kelamaan ia menjadi satu stress kerana anda terpaksa mengejar masa, tinggal keluarga dirumah, keletihan dipejabat, traffic jam dan yang paling stress adalah tidak memperolehi sebarang kesan yang benar-benar berbaloi dan memuaskan hati anda. Disebabkan kekecewaan ini, anda berasa sangat penat dan terus "give-up" dengan segala aktiviti yang berkaitan dengan fitness dan mula mencari jalan pintas untuk merealisasikan impian anda mendapatkan bentuk badan yang langsing dan menarik. Anda terkandas juga akhirnya..

Banyak orang memikirkan senaman perlu dilakukan dipadang yang luas, taman-taman rekreasi, Gymnasium dan sebagainya. Mereka ini adalah orang yang berfikiran sempit kerana kurangnya ilmu berkaitan dengan fitness. Lalu timbullah alasan yang sangat KUKUH untuk tidak melakukan sebarang aktiviti bagi menjaga penampilan dan kesihatan mereka. Untuk pengetahuan anda semua, tempat untuk senaman tidaklah begitu penting tetapi yang paling penting untuk menguruskan badan atau mengurangkan berat/lemak badan adalah PROGRAM/PLAN bagi diri dan motif seseorang itu. Tanpa program/plan yang baik dan sesuai, Gym atau peralatan gym yang termahal didunia pun tidak dapat membantu menyelesaikan masalah kegemukkan anda.

Disebabkan itulah anda memerlukan pakar dalam bidang ini membantu anda dengan menyediakan program/plan fitness mengikut jenis bentuk badan, keadaan persekitaran, lifestyle dan keadaan kesihatan anda. Bukan itu sahaja, malah telah menjadi kewajipan Personal Coach anda untuk memberi motivasi dan mengikuti perkembangan anda dari masa ke semasa selama anda didalam tempoh programnya. Tidak lupa juga DIET PLAN akan diberi dan dikawal oleh Personal Coach anda jika ianya termasuk dalam program yang anda bayar. Tetapi kosnya adalah sangat tinggi untuk mengambil Personal Coach secara offline atau di dunia nyata.

Dengan adanya Dothemikross Online Gym ini(cyber/dunia maya), kosnya tidaklah membebankan dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan dan diajarkan oleh kami disini. Anda dapat menjimatkan kos, waktu, tenaga dan yang paling penting anda boleh melakukannya dirumah bersama keluarga tersayang. "Workout at home" adalah penyelesaian untuk masalah berat badan yang selama ini merunsingkan fikiran anda.

Kami dari Dothemikross hanya mampu membuka minda dan mata anda untuk berfikir sambil melihat cara terbaik, sihat dan selamat untuk menurunkan berat badan. Tetapi yang menjadi peneraju utama atau hakim untuk membuat keputusan adalah diri anda sendiri. Segalanya dihujung jari anda...!


Wednesday, July 14, 2010

SELAMAT PAGI SAHABATKU SEMUA...CERIAKAN PAGI ANDA SEMUA DENGAN MELIHAT SESUATU YANG SANGAT MENARIK.


BEFORE AND AFTER MARRIED
Read properly and let me know...
WHAT DO YOU THINK?

Click the poster!
He...he...he...!
IS A MORNING JOKE TO CHEER UP YOUR DAY!
Tell your friends!

Thursday, June 24, 2010

YANG MANA SATUKAH BENTUK BADAN ANDA?


BANANA VS.APPLE VS. PEAR VS. HOURGLASS. APA PENDAPAT ANDA?

Tahukah anda?
Jenis apakah bentuk tubuh badan anda yang sebenar dan apakah langkah-langkah untuk menjaganya sebelum anda mendapat masalah kegemukan dan penyakit kronik. Jika anda tidak pasti, Dothemikross adalah jalan terbaik untuk anda pilih.

Kesemua bentuk tubuh ini jika tidak dijaga dengan cara yang betul dan baik, akan mengundang kegemukan, masalah kurang berat badan, obesiti, rendah diri, berfikiran negatif, stress, tua daripada usia sebenar, tidak sihat dan membuka pintu kepada penyakit kronik untuk menyerang kita. Walau dalam keadaan apa sekali pun bentuk badan anda , penjagaan yang baik, teliti dan betul akan memberi result yang benar-benar menakjubkan.

Ada yang mengatakan badan yang berbentuk Banana, Pear dan Hourglass adalah lebih selamat dan baik daripada bentuk badan jenis Apple. Bagi saya, kita dilahir dan dijadikan Allah SWT adalah SEMPURNA. Cuma kita yang menjadikannya TIDAK SEMPURNA dengan tidak mengambil berat dan mempunyai attitute yang negatif. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai bentuk badan jenis apple, jangan berputus asa, mengeluh dan bimbang. Dan bagi mereka yang mempunyai bentuk badan sebaliknya pula, jangan terlalu yakin yang anda kurang bermasalah. Berfikiran begini akan memudaratkan lagi keadaan diri anda.

Seperti yang saya telah katakan tadi, anda perlu mengetahui siapakah diri anda, dalam ketogeri yang manakan anda digolongkan. Ini adalah sangat penting kerana dengan mengenali bentuk badan sendiri akan memudahkan lagi proses penjagaannya. Jika kita tidak menjaga bentuk badan dengan baik, jangan impikan untuk memperolehi bentuk tubuh yang sihat, cantik, seksi dan menawan. Semuanya terletak ditangan anda dan andalah yang bertanggungjawab jika kegemukan atau penyakit mendampingi hidup anda.

Dothemikross Online Gym adalah jalan yang terbaik untuk anda belajar cara yang betul, tepat dan baik untuk menjaga bentuk tubuh badan. Jadi, jangan buang masa dan stresskan diri memikirkan tentang masalah kesihatan, berat badan atau kegemukan yang merunsingkan hidup anda. Join Dothemikross Online Gym dengan segera supaya anda dapat menjadi SUPER MODEL untuk suami tersayang dan contoh untuk membantu wanita yang memerlukan.

Sign Up segera untuk mendapat khidmat nasihat dari Fitness Professional Trainers di Dothemikross Online Gym.

Photo: Google Search

Monday, January 18, 2010

INI ADALAH FORMULA TUMBESARAN (20 - 40 AN) DAN ANTI PENUAAN(ANTI AGING). NAK CANTIK, MUDA DAN SIHAT? JOM BACA

Pada usia remaja kita membina:
  • Ketahanan
  • Kekuatan
  • fleksibliti


Ini adalah tahap kemuncak kehidupan kita. Semua diantara kita ada matlamat dan impian masing-masing. Boleh dikatakan hampir 95% daripada kita mempunyai persamaan tentang kehidupan dan ianya adalah MAHU KELIHATAN HEBAT DAN SIHAT. Dari itu kita semua patut sedari bahawa senaman dan nutrisi membawa satu makna baru kerana semua diantara kita sedang mencari kedudukan dalam masyarakat.

Mungkin diwaktu remaja, berat badan bukanlah isu utama untuk dipertikaikan, tetapi apabila usia sedang meningkat, kebanyakan dari kita menjadi bertambah berat. Ini adalah berpunca dari:
  • Kurang Aktif
  • Pembakaran Lemak(Metabolisma) semakin perlahan
  • Masa dan Waktu terhad disebabkan, Tanggungjawab bertambah
  • Makan tanpa batasan atau kawalan
  • Tidak begitu ambil berat atau tidak peduli
Elakkanlah cara hidup seperti yang saya nyatakan diatas, jagalah pemakanan dan bersenamlah. Jika tidak apabila umur kita mencecah ke 40-an, ketika itulah semua orang akan bertungkus-lumus berjuang untuk mendapat bentuk badan sewaktu berusia 20-an atau 30-an.



Apabila usia mencecah 30-an pula, KEHEBATAN FIZIKAL semakin menurun dan mula kehilangan:
  • Kepaduan Otot
  • Kepadatan Tulang
  • Kekuatan Menurun
Cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah diatas dan melambatkan punca-punca penuaan:
  • Sentiasa bersenam selama 30 ke 35 minit
  • Makan 5-6 kali sehari untuk mempercepat dan merangsangkan metabolism serta menghalang sistem dari kebuluran
  • Angkat berat (beban) 2-3 kali seminggu untuk menambahkan kekuatan
  • Sentiasa fokus dan realistik terhadap matlamat kesihatan, kecantikan dan kecergasan
  • Jangan terburu-buru
  • Fokus kepada pergerakan asas yang tidak membazirkan masa
  • Lakukan dengan konsisten
BEAUTISLEEP ADALAH MAKANAN YANG DAPAT MELAMBATKAN SISITEM PENUAAN DAN MENGEMBALIKAN SEMANGAT MUDA ANDA.

DOTHEMIKROSS DAPAT MEMBANTU ANDA SAMADA BERSENAM DIRUMAH ATAU DIGYMNASIUM. FITNESS PROFESSIONAL MIKROSS AKAN MENELITI SISTEM DAN BENTUK BADAN ANDA SEBELUM MENGSYORKAN PROGRAM YANG PATUT ANDA PILIH. PROGRAM AKAN DIBERI KHUSUS BERPANDUKAN MAKLUMAT YANG DIBERI OLEH PESERTA.

MIKROSS BUSINESS(MIKROSSBIZ) AKAN MEMBANTU MEMBESAR DAN MEMENUHI POCKET ANDA TANPA MENGELUARKAN MODAL YANG MEMBEBANKAN.

CHECK IT OUT!
www.DOTHEMIKROSS.com

Friday, January 15, 2010

REBUTLAH PELUANG PERNIAGAAN YANG HEBAT INI.

PELUANG HEBAT HANYA DENGAN RM600 SAHAJA:
  • MEMILIKI ONLINE GYM YANG PERTAMA DIMALAYSIA
  • MEMILIKI KEDAI ONLINE YANG LENGKAP, DENGAN NAMA SENDIRI
  • MEMILIKI KIOST IKLAN KEPUNYAAN SENDIRI SECARA ONLINE
  • KEUNTUNGAN SEBANYAK 30% DENGAN MEMBANTU ORANG LAIN
  • KEUNTUNGAN 20% DARI PRODUK YG SEDIA ADA DI KEDAI ANDA TANPA MENYIMPAN STOK
  • KEUNTUNGAN 20% DALAM PERNIAGAAN GYM ANDA
  • DAN BANYAK LAGI KELEBIHAN YANG ADA....
PELUANG PERNIAGAAN NO 1 DIMALAYSIA
PELUANG YANG SANGAT HEBAT, TERBARU DAN PERTAMA DIMALAYSIA
HUBUNGI SEGERA
+6012 4102368

Sunday, January 10, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT ROSSSAFINAHOR YANG DAH LAMA MENUNGGU "DO THE MIKROSS ONLINE FITNESS PROGRAM". IT'S ALREADY UP THERE..!

Terima kasih saya ucapkan kepada semua sahabat-sahabatku yang setia dan ikhlas serta sabar menunggu kemunculan "THE MIKROSS".

Hari Ahad, bersamaan 10.01.10 tepat jam 10.01 am, adalah satu lagi hari bersejarah buat saya kerana cita-cita saya hendak membantu mengurangkan masalah kegemukkan dan obesiti akan tercapai (insyallah...). Pada hari yang istimewa ini lahirlah THE MIKROSS ONLINE FITNESS SYSTEM yang telah diberi nama DO THE MIKROSS. Ia dianggotai oleh beberapa FITNESS PROFESSIONAL yang bertauliah dan bertaraf antarabangsa.

Saya memang sangat berminat dengan aktiviti sukan dan senaman. Sejak dari kecil lagi saya memang sangat aktif dalam bidang sukan terutama semasa dibangku sekolah. Saya adalah seorang pemain hoki negeri Pulau Pinang dan saya digelar sebagai "IRON LADY PENANG" dikalangan para remaja kerana semangat dan kekuatan fizikal saya (Physical and Mental Power). Saya juga dipilih untuk mewakili Penang dalam pemilihan pemain hoki negara tetapi tidak kesampaian kerana ibu dan bapa kesayangan saya meninggal dunia. Ibu saya menghembus nafas terakhir ketika saya berusia 16 tahun dan setahun selepas itu bapa saya pula kembali ke Rahmatullah.

Kehilangan orang yang amat diperlukan dan dikasihi dalam hidup adalah sesuatu yang sukar diterima dan amat menyedihkan sehingga terasa seperti dunia ini sangat gelap gulita dan segala-galanya dalam hidup ini telah hancur berkecai. Jadi cita-cita dan semangat hendak menjadi seorang atlit terbaik negara dipadam begitu sahaja. Selepas pulih dari trauma itu saya terus aktif bermain semula untuk Penang dan kelab sukan sehingga lahirnya anak saya yang ketiga. Selepas itu saya hanya bersenam dirumah dengan tiga combat kesayangan dan seorang General yg amat kukasihi. :-))

Beberapa tahun selepas itu saya mengambil coaching course, belajar fitness and health, sambung belajar tentang badan manusia, Diet and Nutrition dan lain-lain lagi.

Pada hari ini saya nyalakan semula semangat yang telah lama padam dengan menubuhkan satu kumpulan yang dipanggil THE MIKROSS FITNESS PROFESSIONAL TEAM. Kami telah bersatu dan berjanji akan memberi khidmat yang terbaik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatam DO THE MIKROSS.

Wahai sahabat-sahabatku yang dihormati, jangan cepat kecewa dan putus asa dengan hajat yang tidak kesampaian. Yang penting, teruskan berusaha dan berdoa kepadaNya. Seperti kata pepatah English,"You do your best... God will do the rest".

Q : Ingin mengetahui apakah THE MIKROSS ONLINE FITNESS TRAINING?
A : Sila layari laman web dothemikross.com.

So, what's next?
FRIENDS... DO NOT GIVE UP WITH YOUR BODY SHAPE!
FIGHT FOR IT!
Join Do The Mikross Now!
*Pl email us should you face any proble
assessing the website. We still upgrading the system and your comments are welcome.*
Thank you.

Wednesday, December 23, 2009

MASALAH PERUT BUNCIT MERUNSINGKAN ANDA?


CUNGKIL RAHSIA MENDAPATKAN PERUT YANG KEMPIS, BERBENTUK, SEKSI DAN MENARIK UNTUK WANITA DAN 6 PACKS UNTUK LELAKI.

Ini adalah beberapa keluhan perasaan yang sering mengganggu wanita dan lelaki yang mengalami masalah perut buncit. Masalah ini akan menjadi lebih rumit dan sukar diselesaikan jika anda tidak mencungkil rahsianya yang sebenar.

KECEWA DAN PUTUS ASA DENGAN MASALAH PERUT BUNCIT?

STRESS DENGAN PERUT BUNCIT YANG MENJADI PUNCA MASALAH SEKS ANDA?

BUNTU DENGAN ZAKAR YANG SEMAKIN MENGECIL, LEMAH DAN TIDAK TAHAN LAMA SETELAH MENGALAMI MASALAH PERUT BUNCIT?

MALU APABILA TIDAK BERPAKAIAN(BOGEL) DIHADAPAN SUAMI/ISTERI?

TIADA KEYAKINAN DIRI DISEBABKAN MASALAH PERUT BUNCIT?

MASALAH PERUT BUNCIT MEMBUATKAN ANDA SUKAR UNTUK MEMBELI BAJU DAN MEMAKAI SELUAR JEANS(LOW WAIST)?

TAKUT MENGALAMI PENYAKIT-PENYAKIT MERBAHAYA DAN KRONIK YANG BERKAITAN DENGAN PERUT BUNCIT?


Sambung membaca RAHSIA mengatasi MASALAH PERUT BUNCIT yang sentiasa mengancam kehidupan dan masa depan anda.
Photos : Google Search

Popular Posts